style="text-align: center"

Rabu, 27 Jun 2012

MASAK LEMAK LABU KUNING DAN PUCUK LABU


MASAK LEMAK LABU KUNING DAN PUCUKLABU
Sumber:Alongwanie@My Resipi


 Bahan-bahan
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • (bergantung pada kepekatan yang dikehendaki,kalau nak pekat lagi,lebihkan santan)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 3 biji bawang merah sederhana kecil
  • 1 ekor ikan kembung (direbus diambil isinya)
  • 1/2biji labu saiz sederhana besar-potong kecil
  • pucuk labu-di celur hingga empuk
  • garam dan sula secukup rasa

Cara membuatnya


  • Tumbuk bawang merah,lada hitam hingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan.Tumbuk sekejap.
  • Masukkan santan dalam periuk,letakkan atas api yang sederhana (bagi mengelakkan santan berketul-ketul/pecah minyak)
  • Masukkan bahan yang ditumbuk dalam santan tadi.Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
  • Bila mendidih,baru masukkan garam,gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan labu.Bila labu hampir empuk,masukkan pucuk labu celur tadi dan biarkan sebentar hingga semuanya masak.
  • Sesuaikan rasanya  dan bolehlah di hidangkan bersama lauk kesukaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan