Jumaat, 29 Jun 2012

MINCED MEAT BRUSCHETTA

As-Salam buat semua...

Hari ini saya hidangkan satu lagi kudapan yang sesuai untuk sarapan pagi dan juga sesuai untuk di makan pada waktu petang.Bruschetta adalah sejenis roti panjang yang saya beli kat pasaraya Tesco.Ia sesuai di hidangkan sebagai snek dan juga sebagai appetiser.























Bruschetta sedap di sapu dengan garlic butter dan di bakar sekejap.Intinyanya boleh di pelbagaikan mengikut kesukaan masing-masing dan inti tuna tentulah yang paling popular.Saya saja suka-suka pergi letak daging cincang kerana tiada inti tuna semasa ianya di buat.Kita pakai saja apa yang ada.Janji boleh di makan dan sesuai dengan selera saya..                                                                                                                                             























MINCED MEAT BRUSCHETTA
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 batang bruschetta-di potong serong
  • 1 biji ubi kentang-dadu kecil
  • 2 batang daun ketumbar-hiris nipis
  • 2 batang daun bawang-hiris nipis
  • 1/2 pek daging/ayam cincang
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 1 sudu besar sos tiram,sos tomato dan sos cili
  • sedikit serbuk oregano
  • garam/gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit mentega dan masukkan bawang putih dan bawang besar yang di potong dadu dan tumis hinga naik bau.Masukkan cili kering kisar dan bila cili hampir masak,masukkan serbuk kari yang di campurkan dengan sedikit air.
  • Tumiskan hingga naik minyak dan masukkan kesemua sos dan ubi kentang.Bila ubi kentang hampir masak,masukkan daging cincang dan gaulkan sebati.
  • Tambahkan sedikit air dan biarkan hingga hampir kering.Tambahkan serbuk oregano,gula dan garam secukup rasa.Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan daun bawang yang telah di hiris halus tadi.
  • Bila kesemuanya sudah masak dan rasanya sesuai bolehlah di angkat dan ketepikan.
  • Sementara itu sapu roti dengan garlic butter dan bakar sebentar.
  • Bila semua roti siap,bolehlah di letakkan inti daging di atasnya .Selamat e-makan!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan