Selasa, 5 Jun 2012

SWEET RED BEAN ROLL BUN



Salam bahagia buat semua...

Saya suka makan bun yang ada inti,tak kira sama ada bun itu di gulung atau di letakkan intinya di tengah.Dalam entri kali ini saya letakkan sekali cara bagaimana Sweet red bean roll bun ini di buat.Saya menggunakan doh Soft butter bun-Yatimemorries.

SOFT BUTTER BUN
Bahan-bahan
  • 250 gm.tepung high protein
  • 50 gm.tepung gandum
  • 50 gm.gula kastor
  • 2 sudu besar susu tepung
  • secubit garam
  • 1 biji telur gred C
  • 2 sudu besar yis
  • 140 ml.air
  • 30 gm. mentega
Cara membuat roti 

  • Campurkan semua bahan kecuali mentega sehingga menjadi doh,masukan mentega dan uli seperti biasa dan biarkan ia mengembang sekali ganda.Cara yang lebih detail ada dalam entri roti yang saya buat sebelum ini.
  • Selepas doh mengembang, ambil doh dan canaikan memanjang seperti dalam gambar di atas.Sapukan  inti sweet red bean/inti kacang merah di atas seluruh permukaan doh dan ratakan.
  • Gulung doh dan kemudian di potong sama saiz serta di letakkan di dalam loyang pembakar yang telah di sapukan marjerin.
  • Biarkan doh mengembang sekali lagi,sapukan egg-wash dan taburkan Almond nibs(optional).
  • Bakar pada suhu 160'C selama 15 min.atau sehingga bahagian atas nampak perang.
  • Bila masak,sapukan mentega/marjerin di atas roti supaya berkilat dan dan tutup dengan tuala supaya roti tidak kering dan sentiasa lembut.Simpan di dalam bekas yang bertutup.
  • Jika ingin makan roti yang sentiasa panas,masukkan di dalam microvave sekejap.Boleh di hidangkan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan