Rabu, 4 Julai 2012

RED VELVET CUPCAKE
























Salam bahagia buat semua....
Saya buat lagi Kek Baldu Merah ini tapi versi kali ini adalah kek cawan.Lebih mudah di makan kerana tidak perlu di potong,cuma buka kertas kek cawan dan...ngaaap!!

RED VELVET CUP CAKE
Sumber:Villakamimicasamawar.blogspot

Kek
Bahan A
  • 2 biji telur gred A
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh vanilla
Bahan B
  • 1 cawan minyak canola / minyak jagung / mentega cair
Bahan C
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 sudu besar pewarna makanan merah
  • 1 sudu teh cuka
Bahan D
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya
  • Bahan A dipukul hingga gebu.
  • Bahan B dicampur dan kacau sebati dan tidak berketul.
  • Bahan D diayak.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A, kacau sebati.
  • Kemudian masukkan bahan D berselang-seli dengan bahan C.Mulakan dengan bahan D, bahan C, bahan D hingga habis.(pastikan mula dengan bahan D dan akhiri juga dengan bahan D)
  • Masukkan ke dalam paper cup 3/4 penuh kemudian bakar 25-30 minit suhu 180'C (yang ini kena ikut oven masing-masing).
 
Aising
Bahan A

  • 250gm philadelphia cheese
  • 120gm gula kastor
  • 1 biji lemon (ambil jus)
  • *pukul hingga gebu kemudian campurkan jus lemon
Bahan B
  • 125gm fresh cream -pukul hingga kaku
Bahan C
  • 125gm whipping cream (UHT)-pukul hingga kaku 
Bahan D
  • 100gm shorterning-pukul gebu
Cara membuatnya
  • Campurkan bahan A, bahan B, bahan C kemudian pukul sedikit supaya semua sebati.
  • Masukkan bahan D pukul lagi untuk sebatikannya dan siap untuk diguna.
Tips- Campurkan bahan cheese dengan shortening supaya frosting cheese tadi tidak mencair atau lembik jadi ia lebih cantik apabila dipaipkan dengan nozel bentuk star. Shorterning tersebut tidak mengubah rasa atau warna cheese.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan