Khamis, 23 Ogos 2012

TIP MEMBUAT PAVLOVA

Tip sebelum membakar Pavlova
Disini saya ingin kongsikan beberapa tip tentang cara membuat Pavlova.Ia adalah rujukan dari blog Irma di London.Izinkan saya berkongsi di sini pula sebagai rujukan di masa akan datang.
  • Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit pun telur kuning yang masuk dalam telur putih. 
  • Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih.
  • Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
  • Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.
Cara-cara 
  • Pukul putih telur menggunakan hand mixer/stand mixer dengan kelajuan perlahan.Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'-separuh kental adalah tahap bilamana kita angkat pemutar elektrik,puncak putih telur berbentuk melengkung.
  • Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
  • Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
  • Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk.Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue.Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap, pukul lagi 2-3 minit. 
  • Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
  • Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.
  • Masukkan tepung jagung dan cuka.Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  • Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).Boleh juga di tekapkan tin kek yang berbentuk bulat.
  • Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.
Masa membakar
  • Panaskan oven pada suhu 150'c.Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
  • Masukkan adunan meringue.Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C.Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas.Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak.Bila api tak cukup panas pun tak kena juga.
  • Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda.Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam.Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka.Jangan keluarkan meringue terus dari oven.Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias
  • Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.Satu petua nak mudahkan kerja,masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
  • Bila whipping cream dah kental,masukkan gula dan esen vanila.Whipping cream tu dah manis, sekiranya nak kurangkan atau tidak, masukkan gula pun tak jadi masalah. 
  • Masukkan whipped cream dalam plastik.Simpan dalam peti ais beku sekejap.Nanti bila nak hias baru keluarkan.
  • Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong.Kalau hias awal sangat nanti takut Pavlova tu berderai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan