style="text-align: center"

Ahad, 4 November 2012

ROTI JALA BERINTI

Salam bahagia buat semua...
Saya buat Roti jala lagi tapi kali pula di letakkan inti dan kemudian di gulung.Intinya boleh di pelbagaikan seperti inti sardin,inti tuna,inti ayam dan inti daging.Saya telah meletakkan inti daging dan kentang serta karot di dalamnya.Dan sekarang saya ada bahan baru dalam masakan,selalu sangat menonton rancangan Master Chef membuatkan saya suka menggunakan kicap saus manis Abc nya sebagai penganti gula.Roti jala berinti ini sesuai untuk di buat hidangan pada waktu pagi dan petang serta boleh juga di bawa untuk berkelah.
ROTI JALA BERINTI
olahan:daridapursuzana
  • 2 biji kentang -di potong dadu
  • 1 biji bawang Holland- potong dadu kecil
  • 1 biji karot-potong dadu kecil
  • isi dada ayam - dicincang halus
  • 2 sudu besar planta
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 5 ulas bawang putih-cincang halus
  • sedikit garam
  • 1 sud besar saus abc kicap manis Heinz
  • 1 sudu besar sos cili thai 
  • 1 sudu besar cili kering kisar
Cara membuatnya
  • Panaskan planta dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  • Tumis sehingga naik minyak dan kemudian masukkan cili kering kisar,sos cili thai.
  • Kentang dan karot di rebus sebentar dan toskan.Masukkan ke dalam bahan tumis dan tambahkan isi ayam dan sedikit air. Masak sehingga kentang dan karot empuk. 
  • Tambahkan saus abc kicap manis Heinz dan garam secukup rasa.
  • Bila semua bahan masak bolehlah di angkat dan ketepikan.                         

Manakala untuk adunan roti jala pula,saya menggunakan adunan yang biasa saya buat dari resepi kakzu.

ROTI JALA
Bahan-bahan
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air/susu segar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar mentega-di cairkan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula-saya tambah
  • pewarna kuning.
Campurkan kesemuanya dan kisar dengan blender hingga sebati.Jika pekat sangat bolehlah di tambahkan sediki air.
      

Bolehlah mula membuat roti jala dan bila siap, bentangkan di atas pinggan ,kemudian letakkan sedikit inti tadi dan gulung seperti biasa.
Buatlah sehingga inti habis.Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan