style="text-align: center"

Khamis, 27 Disember 2012

KERABU JANTUNG PISANG

Salam bahagia buat semua...

Kerabu jantung pisang yang sedap di makan bersama Ikan masin goreng di hidangkan pula bersama nasi putih yang panas.Ia juga boleh di makan begitu saja tanpa nasi.

Bahan-bahan 
Sumber:daridapursuzana

  • 1 biji jantung pisang
  • 5 ekor ikan-rebus sebentar
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • cili padi-di hiris
  • 1 biji bawang merah besar-hiris halus
  • santan pekat secukupnya
  • air perahan limau nipis
  • garam dan gula dan budu secukup rasa

Cara membuatnya

  • Buang isi ikan dari tulangnya dan tumbuk hingga halus.
  • Buang kulit dari jantung pisang yang paling keras. Kemudian belah dua dan rebus sehingga empuk.
  • Toskan jantung pisang dan ramas sedikit supaya air rebusan turun.Hiris nipis-nipis/halus
  • Sementara itu, tumbuk lada hitam dan bawang merah dan gula bersama-sama.Gaulkan bersama-sama  isi ikan yang telah ditumbuk tadi.
  • Kemudian campurkan ke dalam satu mangkuk-jantung pisang,isi ikan,cili padi ,santan,bawang merah hiris dan bahan tumbuk tadi.Tambah air limau nipis.
  • Masukkan garam,budu(pilihan)dan gula secukup rasa.
  • Siap untuk dihidangkan.

2 ulasan:

  1. Kalau Encik Suami bawa pulang jantung pisang memang berangan nak buat kerabu, tapi selalunya lain pulak jadi menunya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menu apa tu,bolehlah kongsi kat sini pula ,boleh saya cuba pula ya Amie..

      Padam