style="text-align: center"

Khamis, 20 Disember 2012

PUDING SUSU KIWI

Salam bahagia buat semua ....
Oleh kerana lama tidak membuat puding,walaupun musim hujan ni saya buat juga sebab sudah lama tidak makan puding yang manis dan sejuk.Buah kiwi pun dah hampir sebulan ada dalam peti sejuk,mujur juga buahnya tidak cepat rosak.Rasa puding ini lemak dan sedikit rasa masam manis dari buah kiwi.
PUDING SUSU KIWI
Sumber:Yatimemorries.blogspot

Bahan-bahan
  • 700 ml. air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 10 gm.serbuk agar-agar
  • 2 helai daun pandan
  • 400ml.susu segar/susu cair
  • 200 ml.santan
  • buah kiwi secukupnya
  • sedikit pewarna hijau    saya tambah
Cara membuatnya
  • Satukan serbuk agar-agar,air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau sehingga serbuk agar-agar sebati.
  • Masukkan gula pasir,pewarna hijau dan kacau hingga gula hancur.
  • Masukkan pula susu segar dan santan ke dalam adunan agar-agar.Kacau sebati.Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi
  • Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil atau acuan yang di sukai dan taburkan buah kiwi yang di potong dadu di atasnya.Saya membuatnya jadi dua lapis.
  • Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais,sedap makan sejuk.
*Saya telah mengisar sedikit buah kiwi dengan susu sebelum di masukkan ke dalam agar-agar.  

2 ulasan:

  1. Cantiknya! Terliur tengok... rasa macam nak cungkil je skrin he he he hh...

    BalasPadam
  2. He..he lucu betul Amie ni..memang la terliur sebab nampak sedap..sejuuk1

    BalasPadam