style="text-align: center"

Ahad, 9 Jun 2013

BUBUR OAT DAN LOBAK MERAH

 As-Salam buat semua..

Hidangan petang ni adalah Bubur oat yang di campur nasi,sungguh mengenyangkan dan sedap di makan ketika suam.Oat akan kembang bila bubur sejuk.Boleh di tambah air panas apabila sudah sejuk.

BUBUR OAT DAN LOBAK MERAH
Resepi:Tun Telani
Di cuba oleh:daridapursuzana


Bahan-bahan

1 mangkuk nasi
3 mangkuk air
½ cawan oat
1 batang lobak merah- sagat halus
½ kiub ayam
1 inci halia- hiris halus
Garam secukup rasa

Bahan tabur:

Ikan bilis goreng
Cili merah- hiris
Lada hitam
Bawang goreng

Cara membuatnya
  • Masak nasi bersama air, halia, lobak merah dan kiub ayam hingga jadi bubur.
  • Masukkan oat dan kacau sebentar.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa
  • Hidangkan dalam mangkuk dan tabur ikan bilis, cili merah, lada hitam dan bawang goreng.

8 ulasan:

  1. assalam
    baik utk kesihatan ni
    nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap la jugak bagi kita yang suka makan bubur ni!

      Padam
  2. salam kak..

    bagus menu tu kak..sajian sihat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bertambah-tambah sihat dan bam-bam kita ni.

      Padam
  3. Diet yang sedap dan berkhasiat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. diet sihst sesuai untuk orang segar dan orang sakit.

      Padam