Sabtu, 22 Jun 2013

BUN KAYA

 As-Salam buat semua...
Lama tak buat execise lengan.Hari ini mood rajin nak menguli roti tiba-tiba datang pula.Saya kalau buat roti main pakai uli dengan tangan sahaja sebab saya tak ada bread maker.Orang lain buat roti smooth aje permukaannya,saya punya roti berkerutu pula!,buat sebiji-sebiji bakar dalam acuan kecil supaya senang nak ngaappp...bubuh inti kaya banyak-banyak sampai melimpah keluar...sedap!


Bahan-bahannya:
Resepi:periuktanah.blogspot.com (Roti Naik daripada Resepi.Net)

400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
250 ml air
50 gm susu pekat
180 gm gula perang
100 gm mentega
11 gm yis segera (1 paket)
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali mentega dan uli hingga menjadi doh. (10-15 minit). Masukkan mentega dan uli lagi hingga menjadi doh yang licin dan kenyal.
(petua pakar buat roti-masukkan doh ke dalam plastik bersih dan uli dengan menggunakan plastik selama 10-15 minit.).Keluarkan dan sedia untuk proses seterusnya.
  • Cara lain: masukkan semua bahan ke dalam bread-maker, tekan setting doh dan tunggu hingga siap.
  • Tak perlu diperap, tetapi terus bahagikan doh kepada 16-20 bahagian (ikut saiz pilihan). Bulat-bulatkan, kemudian leperkan di tapak tangan.
  • Isikan inti kaya pandan dan cantumkan hujung doh menggunakan hujung jari.Pintal kemas seperti membuat pau agar inti tidak terkeluar ketika membakar. (lebih mudah jika kaya dalam keadaan sejuk dan agar pekat)
  • Susun dalam loyang yang telah dilengser dengan jarak 2 sm antara satu sama lain dan perap 45- 60 minit sebelum dibakar. Boleh ditutup dengan tuala dapur atau cling wrap. Tetapi jangan terkena permukaan roti pula.
  • Panaskan oven pada suhu 190'C dan masukkan loyang roti di bahagian tengah oven.Bakar selama 15-20 minit atau hingga permukaan roti keperangan.Sapukan marjerin pada permukaan roti sebaik roti dikeluarkan.
  • Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas bertutup. Roti tahan hingga 4 hari jika disimpan ditempat kering dan sejuk.
* saya sapukan roti dengan susu pekat manis dan di tabur bijan sebelum di bakar.

2 ulasan: