style="text-align: center"

Jumaat, 21 Jun 2013

KEK PISANG MILO MOCHA DAN CHOCOLATE RISE

 As-Salam buat semua...
Saya baru sahaja rasa nak letak jawatan dari buat kek kerana kerap buat kek membuatkan saya asyik makan kek sahaja,paras gula dalam darah pun dah naik(ia agak membimbangkan saya).Tiba-tiba sahaja Azim pulang dari sekolah dan memberitahu,mama..cikgu nak adik bawa kek besok untuk makan-makan lepas kelas.Nampaknya tak jadi lah saya letak jawatan,tapi masih selamat kerana kek ini di bawa ke sekolah dan bukannya untuk hidangan di rumah.Pulang dari sekolah,mama.. cikgu kata kek ni sedap sangat!hilang penat saya dah dapat pujian..he..he.Kek ni berwarna coklat gelap kerana di letakkan milo.Tak adalah versi potong-potong kerana nak di bawa ke sekolah.

KEK PISANG MILO MOCHA DAN CHOCOLATE RISE
Resepi:Dapur tanpa sempadan

Bahan-bahan
4 biji pisang berangan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus   saya letak 1 cawan
3 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
1/2 cawan+2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
1 sachet milo3-in-1 mocha
coklat rise secukupnya

Cara membuatnya
  • Kisar pisang dan minyak dalam mixer hingga hancur.Masukkan kesemua bahan lain ke dalam mangkuk berisi pisang tadi dan pukul dengan high speed hingga adunan menjadi putih dan gebu.
  • Masukkan coklat rise secara kaedah kaup-balik.
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak dan di alas dengan baking sheet.
  • Masukkan separuh loyang sahaja kerana kek ini akan naik sekali ganda.
  • Taburkan baki coklat rise di atas adunan kek.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 40 minit bergantung pada oven masing-masing.

2 ulasan:

  1. salam kak..

    menariknya kek tu..ada rasa milo mesti sedap..nak juga sepotong dua..hihi..

    BalasPadam
  2. mari jadi jiran kita tentu hari-hari dapat makan!

    BalasPadam