style="text-align: center"

Isnin, 2 September 2013

STEW BEBOLA DAGING BERSAYUR

 As-Salam buat semua...
Saya teruja untuk mencuba resepi stew ini setelah ternampaknya di blog Dapur Ibundo.Memang tidak mengecewakan kerana rasanya pada selera saya amat bersesuaian.Stew yang rasanya ala-ala western dan di makan pula bersama roti Bonjour Gardenia.Best sangat..

STEW BEBOLA DAGING BERSAYUR
Resepi:Dapur Ibundo.Tq..

Bahan untuk bebola daging

200 gm daging kisar
2 ulas bawang putih- ditumbuk halus
1 sudu teh stok ayam
1/2  sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
garam secukup rasa


Cara membuatnya
Gaul semua bahan hingga sebati.
Bulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.
Panaskan air dalam periuk dan bila mendidih, masukkan beberapa biji bebola ke dalam air. Masak sehingga bebola terapung.
Boleh juga kalau nak goreng. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.Saya goreng sahaja.

**saya buat beberapa biji bebola daging yang di balut dengan telur puyuh.

Untuk stew

Bebola daging
1 tin sup tomato Kimball
1 biji bawang besar- didadu kasar
2 ulas bawang putih- dicincang halus
1 kiub stok daging
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil celery kering
2 sudu besar tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air
Beberapa batang cili api -kalau suka
3-4 cawan air - air boleh ikut sukatan yang kita rasa sesuai

(Banyak sayuran adalah mengikut  selera sendiri)
Baby carrot
Tomato cherry
Celery
Capsicum merah dan hijau
Cendawan shiitake

Cara membuatnya
Panaskan minyak zaitun secukupnya.
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
Masukkan sup tomato dan air.
Masukkan kiub daging, lada hitam, celery, oregano dan garam.
Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran dan bebola.
Pekatkan kuahnya dengan bancuhan tepung jagung.

Hidangkan bersama roti atau nasi.

3 ulasan:

  1. Balasan
    1. memang menyelerakan dan sedap pula..nak tau rasanya cubalah buat!

      Padam
    2. memang menyelerakan dan sedap pula..nak tau rasanya cubalah buat!

      Padam