style="text-align: center"

Ahad, 23 Februari 2014

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

As-Salam buat semua...
Resepi seterusnya untuk hari ini ialah Kek lapis kukus cream cheese.Sementara nak tunggu untuk masak makan tengahari nanti baik saja saya mengadap Pc sekejap baru dapat segarkan minda sikit.Kek ini dah lama di buat tersimpan di dalam draf,lupa pulak nak postkan..Ia adalah kek kukus yang lembut dan moist sahaja di tambah pula dengan rasa cream cheese di tengah-tengah membuatkan kek ini .....enak sekali!sorry gambar kurang jelas sikit kerana di ambil pada sebelah malam.

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Sumber:Sinar Kehidupanku  .Thanks..
 (loyang 8x8x3inci)

Bahan A

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara membuatnya
  • Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.
  • Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar.
Bahan B (Kek)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan susu segar/cair
  • 1/2 cawan minyak jagung/masak
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan-bahan perlu diayak dulu)
Cara membuatnya
  • Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  • Setelah kembang masukkan esen vanila dan garam.
  • Masukkan air panas,susu dan minyak.
  • Setelah itu masukkan tepung gandum,bakingsoda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.
Cara memasak kek
  • Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.Guna api sederhana.
  • Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  • Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  • Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Setelah benar-benar sejuk, boleh potong dan hidangkan.

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. haa..tau pun kek ni sedap! mesti pernah makan kan!

      Padam
  2. salam Su..ni la kek yg teringin sgt nak buat,tak tau la bila mood rajinnya nak mai

    BalasPadam
    Balasan
    1. As-Salam Azatie,
      try la buat memang lembut dan sedap je..

      Padam
  3. kek ni memang sedap dan antara kek yang saya sangat suka makan..memang suka dengan rasa kek ni..yummy!!

    BalasPadam