style="text-align: center"

Ahad, 13 April 2014

POPIA NESTUM ALMOND

As-Salam buat semua...
Saya cuba buat Popia nestum jenis yang bergulung pula.Hari tu saya telah buat jenis yang di gunting kecil dan di goreng sehelai-sehelai.Dua-dua pun rangup.Yang kat atas tu ,serbuknya saya tambahkan almond pula mengikut resepi dari Kak Nik Ja.Jom tengok resepi Popia Nestum Almond yang crunchy ini..

POPIA NESTUM ALMON
Sumber :  Kak Nik Ja.Thanks

 
Bahan-bahan
1 paket kulit popia besar 50 keping
1 biji telur di pukul sedikit
minyak untuk menggoreng secukupnya


Cara membuatnya

  • Leraikan kulit popia satu persatu.Letakkan dalam bekas bertutup untuk mengelak dari jadi kering.
  • Ambil satu helai kulit popia.sapukn telur pada penghujung kulit popia dan gulung kemas.Rupa seolah-olah corong.Buat sehingga habis.
  • Gunting kulit yang dah di gulung tadi sampai habis.
  • Goreng dalam minyak yang panas.Toskan.
Bahan serbuk
1 1/2 cawan nestum original flavour
1/2 cawan badam  yang dah di bakar
3 sudu besar susu tepung
4-5 sudu besar gula pasir  (ikut kemanisan masing-masing)


Cara membuatnya

  • Kisar semua bahan sampai halus.
  • Gaulkan dengan popia yang dah di goreng tadi.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

4 ulasan:

  1. Bila time raya tak tau mana satu nak makan sebab banyak jenis kuih terhidang, tapi kalau tak raya buat popia nestum gini terasa nikmatnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la Amie,nak membuatnya nak patah pinggang,time makan sekejap je habis.sebab tu saya tak buat bulan posa..tak larat.

      Padam
  2. salam kak su,

    agak menarik popia nestum ni sebab ada almond..blm penah try lagi yang ada almond..mesti lagi sedap kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap juga Wana,sebab ada bau harum almond dan rasanya lemak-lemak gitu.

      Padam