Rabu, 27 Ogos 2014

DAGING BAKAR AIR ASAM


As-Salam buat semua....
Daging bakar ini sedap di makan dengan pencicah air asam dan nasi panas serta ulam-ulaman.Bakar daging dalam bentuk kiub supaya airnya tidak kering.Saya memanggangnya mengunakan dapur arang.Habis aroma daging bakar ada di keliling rumah...

DAGING BAKAR AIR ASAM

Bahan-bahan
daging batang pinang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cukup rasa
sedikit gula
sedikit minyak masak

Cara menyediakan
  • Daging batang pinang di potong bentuk kiub dengan ketebalan sederhana.
  • kemudian gaulkan dengan sedikit gula,serbuk  cukup rasa dan serbuk lada hitam dan serbuk kunyit.Biarkan seketika.
  • Akhir sekali panggang di atas dapur arang atau bakar di dalam oven .
  • Bila masak,potong nipis-nipis dan letakkan di dalam pinggan.


AIR ASAM
Bahan-bahan
1 biji bawang besar
1 biji tomato
5 tangkai cili padi/ikut kepedasan sendiri
3 biji lada merah besar
1 biji lada besar hijau
2 biji mangga muda-hiris/parut halus
air asam jawa secukupnya
sedikit garam dan gula
air limau nipis/limau kasturi
1 sudu teh serbuk cukup rasa

Cara membuatnya
  • Kisar bawang besar,cili padi,lada merah(buang bijinya) bersama air asam jawa,garam dan gula hingga hancur.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk dan tambahkan tomato dan lada hijau yang di hiris nipis serta mangga muda.Gaul biar rata.
  • Tambahkan air limau nipis dan sesuaikan rasanya.
  • Bolehlah di hidangkan bersama daging bakar.

2 ulasan:

  1. sedapnyaa Su air asam dan daging bakar tu, rasa nya sama kita punya cara buat air asam tak letak belacan heee sbb kat umah ada yg tak suka so senang mmg tak letak belacan kalau buat air asam, walaupun sebeno nya akak suka belacan hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak noor,memang sedap! saya tak letak belacan sebab tak makan..he..hee

      Padam