style="text-align: center"

Rabu, 1 Oktober 2014

BUTTER PRAWN

As-Salam buat semua..
Lama saya tak buat Butter prawn,skil pun semua dah lari.Teknik tak berapa mahir la ni...tak jadi halus macam biasa- urat telur jadi kasar pula(kalau nak hidang kat orang mesti tak jadi punya..he..hee).Ini adalah salah satu dari lauk pengantin yang saya sediakan untuk hidangan lauk pengantin anak saudara dua minggu lepas..

BUTTER PRAWN
Resepi:spicesjourney.blogspot.com
Sumber:nooriahnaim.blogspot.com
Thanks Sheila dan Kak Noor 

Bahan sarang telur/Floss
2 biji kuning telur
sesenduk butter/marjerin
1 cawan minyak

Bahan-bahan
12 ekor udang saiz besar/sederhana
sedikit garam
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng 

3 ulas bawang putih-cincang
6-8 tangkai cili padi-hiris 
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sedikit butter/marjerin untuk menggoreng
sedikit serbuk lada hitam/putih-jika suka
garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Pukul ringan telur, boleh gandakan jika nak lebih floss.
  • Panaskan butter dan minyak, guna senduk bulat dan pusing-pusingkan senduk laju-laju buat bulatan.
  • Baru tuangkan telur sedikit-sedikit, kalau boleh agak tinggi supaya jatuhnya halus, terus pusingkan senduk kita.
  • Buat sampai telur habis dan berwarna kekuningan.Boleh lah di toskan dalam penapis santan atau apa-apa penapis yang ada.
  • Goreng udang yang telah digaul dengan lada sulah dan garam dalam minyak panas sehingga kekuningan dan angkat.
  • Panaskan butter dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
  • Masukkan susu cair dan masak sekejap dan masukkan udang dan gaul sebati.
  • Semasa menghidang, taburkan floss yang telah  di goreng awal tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan