style="text-align: center"

Sabtu, 23 Mei 2015

KERABU TELUR MASIN

As-Salam buat semua..
Kali pertama cuba buat Kerabu telur ni terus saja rasanya memikat selera.Best la makan dengan nasi.Lagipun telur masin ni saya buat sendiri jadi rasanya tidaklah masin sangat seperti telur masin yang di beli.Jom tengok resepi.

Bahan-bahan
2-3 biji telur masin-di rebus
1 biji bawang merah besar
3 biji cili padi-potong halus/ikut kepedasan
2 batang serai-hiris halus
1 batang bunga kantan-hiris halus
3 biji limau kasturi-ambil jus
1 tangkai daun ketumbar
gula

saya tambah
1 biji tomato hijau
1 biji tomato merah
1 biji lada hijau besar
sos ikan

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar.
  • Tambahkan jus limau kasturi,gula dan sos ikan.Gaul sebati.
  • Telur masin di belah empat dan campurkan ke dalam bahan kerabu tadi.(saya tidak melenyek telur seperti dalam resepi)
  • Gaul rata bersama bahan-bahan lain.
  • Akhir sekali taburkan daun ketumbar/daun pudina.
  • Sedia untuk di hidangkan.

4 ulasan:

  1. wah kaknoor belum pernah buat ni Su, esuk nak beli telur masin lah, sedap ni dah dpt bayangkan

    BalasPadam
  2. Wah! Menariknya resepi .... rasa teringin pulak nak cuba. Sedap ni makan dengan nasi panas & lauk2 kering.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba lah Amie..best tau .selera je makan nasi.

      Padam