Resepi yang mudah dan ringkas ini di buat untuk hidangan makan tengahari.Biasanya saya suka masak resepi udang yang mudah kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk di masak.Mari kita tengok resepi udang yang mudah di sediakan ini.
UDANG GORENG MADU.
Olahan:dari dapur suzana
Bahan-bahan
300 gm udang
3 ulas bawang putih-hiris nipis
1/2 labu bawang besar-potong bulat
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar madu
1 biji lada merah-hiris nipis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
3 suud besar minyak canola
Cara membuatnya
- Bersihkan udang dan gaulkan dengan serbuk lada sulah,serbuk lada hitam dan serbuk kunyit.Biarkan seketika.
- Panaskan minyak canola dalam kuali non-stick dan masukkan bawang putih dan bawang besar.
- Kemudian masukkan udang,goreng sebentar dan masukkan sos plum,sos cili dan madu.Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan lada merah dan perasakan dengan serbuk cukup rasa.
- Sedia untuk di hidangkan
- Bolehlah di angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan