style="text-align: center"

Ahad, 27 September 2015

CONGO BAR CHOCOLATE

As-Salam buat semua..
Saya cuba buat Congo Bar coklat ini buat pertama kalinya padahal Congo Bar yang biasa pun saya masih belum cuba buat.Buat versi coklat terus sebab anak-anak sukakan coklat.Tekstur Congo Bar biasanya tak lembut sangat seperti kek dan tak keras rangup seperti cookies tapi ia duduk di tengah-tengah.
Resepi yang saya tengok di Google semuanya manis yang amat jadi untuk versi sendiri saya kurangkan sukatan gulanya itu.Bagi yang belum pernah buat Congo Bar,adunannya agak keras dan berat untuk di adun/gaul tapi jangan risau ia akan menjadi Congo Bar yang sedap!.Let's try baking..

CONGO BAR CHOCOLATE
Sumber:norlieharumaini.blogspot thanks

Bahan-bahan
280 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
250 gm mentega-di cairkan/1 cawan minyak
300 gm gula kastor-  saya kurangkan ikut sukatan sendiri
3 biji telur B
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan coklat cip-jika suka
1 cawan kekacang pilihan-walnut cincang,almond nibs

Untuk taburan atas
coklat cip
kepingan badam

Cara membuatnya
  • Pukul telur dengan gula kastor hingga sebati  sahaja.Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung gandum yang telah di campurkan dengan serbuk koko dan baking powder dengan cara kaup-balik adunan dengan spatula.
  • Masukkan mentega cair/minyak dan gaul sebati.
  • Masukkan coklat cip jika suka dan kekacang pilihan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  • Taburkan coklat cip dan kepingan badam(saya guna almond nibs)
  • Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit atau mengikut jenis oven masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan