Kek ini di buat untuk anak-anak makan pada hujung minggu lepas.
dah lama sebenarnya saya tak buat kek coklat.
jumpa pula resepi yang mudah ini semasa blog walking.
Lapis pula dengan kepingan coklat Daim yang lemak-lemak masin dan rangup.
serta kepingan coklat Cloud 9 Classic abang Amzar yang saya kidnap dalam peti ais...suka la A berdua tu makan.
Resepi dari inibelogcikgusuraya.blogspot
thanks.
Let's trybaking
KEK COKLAT KUKUS
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur
Cara membuatnya
- Masak bahan A dalam periuk sampai sebati dengan api kecil.Sejukkan.
- Pukul telur sampai betul-betul kembang lebih kurang 5 minit.Kemudian masukkan bahan A.
- Masukkan esen vanila dan pukul sampai sebati.
- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.Ketepikan.
- Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus hingga masak bergantung kepada dapur masing-masing(lebih kurang 1 jam 10 minit).
- Alas tutup periuk dengan kain bersih supaya air tidak menitik ke atas kek.
- Jangan buka tutup periuk sampai kek betul-betul masak.
- Bila masak,tunggu sejuk barulah di letakkan topping kesukaan.
250 gm cream cheese
2 sudu besar gula aising
*putar cream cheese hingga kembang .
masukkan gula aising dan putar sebati.
Untuk coklat ganache(boleh di gandakan mengikut saiz kek)
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
Hiasan
kepingan coklat Daim
kepingan coklat Cloud 9 Classic
coklat cip dwiwarna
- Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk kecil.
- Kacau hingga pekat dengan api kecil dan masukkan mentega dan esen vanila.Kacau rata.
- Sejukkan sebentar dan curahkan ke atas kek.
Potong kek kepada 3 lapisan.
Sapukan dengan topping cream cheese dan taburkan coklat Daim yang di potong kecil.
Letakkan kepingan kedua dan ulang kaedah yang sama.
Akhir sekali untuk lapisan atas,sapukan topping cream cheese dan taburkan lebihan kepingan coklat Daim dan kepingan coklat Cloud 9 Classic dan sedikit coklat cip dwiwarna.
Sejukkan di dalam peti ais sebelum di potong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan