style="text-align: center"

Selasa, 16 Februari 2016

SPICY SESAME CAULIFLOWER

Assalam buat semua..
Sebelum ni kalau ada bunga kubis dalam peti ais hanya pandai masak dan campur dalam sayur tumis ataupun masuk dalam Tom yam sahaja.
Ada beberapa resepi yang saya jumpa kat FB untuk bunga kubis yang di masak dengan pelbagai rasa.
Ada beberapa bahan yang saya tukar sesuai dan hampir sama seperti yang ada di dapur.
Untuk resepi di atas rasanya boleh tahan juga sesuai dengan tekak saya.Rasa dan rupanya seperti isi ayam sampaikan Azim ingat saya buat ayam goreng untuknya!
Resepi dari Tip Hero/FB.Untuk lebih jelas lagi boleh tengok videonya kat Tip Hero.

Let's try masak!

SPICY SESAME CAULIFLOWER

Bahan
1/2 biji bunga kubis-potong kecil
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan adunan batter
1/2 cawan tepung gandum
1/2  cawan susu
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk halia

Sos
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar halia cincang
1/2 cawan kicap manis
1/4 cawan cuka makan-bahan asal cuka beras
1 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk cili-bahan asal Sriracha
1 sudu besar tepung jagung

Taburan
bijan goreng
daun bawang/sup

Cara membuatnya

  • Gaulkan semua bahan batter di dalam satu mangkuk.
  • Panaskan minyak 
  • Masukkan potongan kecil bunga kubis ke dalam adunan batter dan gaul rata.
  • Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan.Toskan.
Untuk membuat sos
  • Gunakan kuali lain dan panaskan  minyak bijan.
  • Tumiskan halia hingga naik baunya.
  • Masukkan semua bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dengan api sederhana..
  • Masukkan bunga kubis yang telah di goreng tadi dan gaul rata.
  • Angkat dan taburkan bijan serta daun bawang/sup
  • Sedia untuk di hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan