Jumaat, 4 Mac 2016

SAMBAL TELUR ITIK

Assalam buat semua..
Menu untuk hari ini,sambal telur itik kesukaan abang Amzar
boleh saja nak buat versi,samada telur yang di rebus dahulu,telur rebus dan kemudian di goreng pula atau pun telur di masukkan terus ke dalam sambal.
semuanya pun sedap!
mudah saja sambal telur saya ni
Let's try masak.

SAMBAL TELUR ITIK

Bahan-bahan
4 biji telur itik-rebus belah dua

Bahan sambal
6 sudu besar cili kering kisar
1/4 cawan sos cili thai/Mae Phranom
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar bawang putih kisar
3 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu teh halia kisar
3 helai daun limau purut
serbuk cukup rasa Maggi
minyak sayur utk. menumis

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak sayur dan masukkan bawang kisar serta halia
  • Tumis hingga naik bau dan masukkan cili kering kisar.
  • Tumis hingga cili masak.
  • Masukkan sos cili thai,sos tiram dan kicap manis dan daun limau purut.
  • Masukkan sedikit air dan masak sebentar lagi.Masukkan serbuk cukup rasa Maggi
  • Sesuaikan rasanya dan barulah di masukkan telur rebus tadi.
  • Ratakan sambal dengan telur rebus dan biarkan sebentar.
  • Bolehlah di angkat.

2 ulasan:

  1. Biasa msk sambal telur ayam ni...klu sambal telur itik mesti lg sedap kan?Nnati nak try la jgk..cari telur itik dulu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya kan Atie,kalau buat sambal telur,best guna telur itik.

      Padam