style="text-align: center"

Sabtu, 2 Julai 2016

GULAI TELUR SOTONG

Assalam buat semua..
Di Kota Bharu,Telur sotong yang frozen mudah di dapati
di jual dengan harga Rm 30-35 sekilo
Macam-macam resepi boleh di masak dengan Telur sotong ni
kalau kat kedai makan biasanya yang famous sekali tentulah Maggi telur sotong
Hari ini saya cuba masak gulai pula.
baru pertama kali cuba,juadah untuk berbuka petang nanti.

GULAI TELUR SOTONG

Bahan-bahan
250 gm telur sotong
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
2 biji cili hijau-belah dua buang biji
1 sudu teh biji ketumbar
1 kotak santan
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai
1/2 biji timun-potong baji
garam,gula secukup rasa
serbuk cukup rasa Maggi
air secukupnya

Cara membuatnya

  • Tumbuk atau kisar bawang merah dan putih,kunyit dan cili padi dan biji ketumbar.
  • Masukkan santan ke dalam periuk dan tambah sedikit air untuk kepekatan yang di inginkan.
  • Masukkan semua bahan-bahan yang telah di tumbuk/kisar tadi serta satu batang serai.
  • Masak hingga mendidih dengan api sederhana sambil di kacau sekali-sekala.
  • Bila kuah mendidih,masukkan telur sotong,timun dan lada hijau.
  • Biarkan ia mendidih sekali lagi.
  • Perasakan dengan serbuk cukup rasa maggi, garam dan gula secukup rasa.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan