style="text-align: center"

Sabtu, 17 September 2016

BEST BANANA BREAD

Assalam buat semua..
Buat Roti pisang dalam bekas aluminium macam ni mudah dan cepat masak.
Kalau nak bawa ke mana-mana atau nak bagi pada orang lain pun senang saja.
Untuk adunan yang saya buat ni dapat lah dalam 3 bekas kalau tidak di isi penuh sangat(Resepi sebenarnya menggunakan loaf pan 9x5x3 inci)
Teksturnya lebih kepada kek walaupun ia di tulis sebagai roti.
Resepinya saya adaptasi dari Joy of Cooking dan translate ikut gaya bahasa sendiri.Asal jadi ..sudah!
Let's try baking.

BEST BANANA BREAD

Bahan-bahan
1 3/4 tepung serbaguna
3/4 gula kastor
1sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
2 biji telur gred A-pukul sedikit
1/2 cawan butter-cairkan dan sejukkan
3 biji pisang besar-hancurkan(1cwn.@1/2 cwn)
1sudu teh esen vanila

Hiasan/optional
walnut

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 180'c.
  • Sapukan butter dan taburkan sedikit tepung pada loaf pan/loyang sesuai.Ketepikan.
  • Dalam mangkuk besar,satukan tepung,gula kastor,baking powder,soda bikarbonat dan garam.Ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain satukan pisang hancur,telur,butter cair dan esen vanila.
  • Dengan menggunakan spatula,satukan adunan pisang dengan adunan tepung dan gaul rata.
  • Jangan over mix campuran ini supaya ia tidak menjadi keras dan liat.
  • Masukkan adunan ke dalam loaf pan dan dan taburkan walnut cincang di atasnya.
  • Bakar sehingga roti menjadi golden brown selama 1 jam bergantung pada oven masing-masing dan bila di cucuk dengan lidi ia tidak melekat.
  • Bila masak,sejukkan dahulu di atas wire rack dan baru lah di keluarkan dari loyang.
  • Hidangkan ketika ia masih suam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan