Dah banyak kali saya buat Cheese Cake tapi kejadiannya tidak begitu memuaskan.
Bukan resepi yang silap.
Saya yang tersalah teknik agaknya.
Tapi kali ini kejadiannya baik sahaja
Bolehlah nak buat makan sendiri..
Sumber:Azie Kitchen.Thanks.
Let's try baking
COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE
Bahan A
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60 gm tepung superfine
20 gm tepung jagung
Bahan B
140 gm gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sudu teh jus lemon
Cara membuatnya
- Cairkan cream cheese,butter dan susu dengan teknik double boiler.Sejukkan.
- Kemudian campurkan bahan A ke dalam adunan cream cheese dan gaul sebati.
- Dalam bekas lain putar putih telur hingga foamy kemudian tambahkan gula.
- Putar lagi hingga bertanduk/soft peak.
- Kemudian campurkan adunan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
- Bakar kek dengan suhu 160'c selama 1 jam bergantung pada oven masing-masing dengan teknik water bath.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan