Rabu, 23 Mei 2018

CRISPY GARDENIA EGG TART

 Assalam buat semua..
Baru pertama kali cuba buat Tart telur menggunakan roti sandwich.
Mudah dan cepat saja sebab base tart readymade.
Saya buat untuk makan-makan selepas berbuka puasa.
Saya dah adjust kemanisan adunan telurnya.
Resepi sebenar di bawah.
Let's try buat.

CRISPY GARDENIA EGG TART

Bahan adunan telur
4 biji telur gred A
300 susu segar
50 gm susu pekat manis
140 gm gula aising
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning.

Cara membuatnya

  • Ambil sekeping roti sandwich dan gelek hingga leper.Buat hingga habis.
  • Potong roti bentuk bulat.
  • Tekan ke dalam loyang acuan cup cake.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 10-15 minit.
  • Ini bertujuan untuk menggaringkan roti sebelum di masukkan adunan telur.
  • Untuk menyediakan adunan telur,satukan semua bahan dan pukul dengan garfu sahaja hingga sebati.
  • Tuangkan adunan telur ke dalam kulit tart dan bakar semula hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan