Itallian Dessert yang menjadi kesukaan saya,dulu,kini dan selamanya.
Panna cotta ni boleh di pelbagaikan penggunaan buah-buahan atau bahan lain di atasnya.
Ikut kreativiti dan kesukaan masing-masing la yer.
Letak dalam peti sejuk,lepas makan nasi boleh la menikmatinya,best sangat.
Selalunya bahagian atas,saya letak puri buah.
Tapi kali ni saya,letak potongan buah di gabungkan dengan kristal jelly.
Nampak lebih menarik.
Resepi ini tidak menggunakan krim putar,hanya susu sahaja.
Let's try buat.
MANGO PANNA COTTA
Bahan
16 gm Gelatin Halagel
6 sudu besar air
5 cawan Full Cream milk
1/2 cawan gula/ikut manis sendiri
2 sudu kecil esen vanilla
1 kotak Kristal Jelly Mango
buah mangga masak secukupnya-potong kiub
Cara membuatnya
- Larutkan Gelatine dengan air dan kacau sebati.Ketepikan
- Masak dengan api sederhana,susu,gula dan esen vanilla.
- Bila dah mendidih,tambahakn gelatine larut tadi dan kacau rata.
- Masukkan ke dalam acuan pilihan
- Sejukkan semalaman di dalam peti ais.
- Ambil buah mangga kiub,letakkan di atas lapisan bawah yang sudah beku.
- Masak Kristal Jelly ikut arahan di kotak.
- Bila mendidih,padamkan api.
- Curahkan perlahan-lahan ke atas buahan potong tadi.
- Sejukkan semula di dalam peti sejuk dalam 4 jam.
- Sedia untuk di makan sejuk-sejuk
Numpang promo ya Admin^^
BalasPadamajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856