Ahad, 31 Mei 2020

AISKRIM MANGGA

Assalam buat semua.
Hari ini 31 Mei 2020.
Hari di mana pada suatu masa,50 tahun lepas saya di lahirkan.
Alhamdulillah dengan segala rezeki kesihatan dan kelapangan waktu yang Allah kurniakan selama ini.
Hari ini saya kongsikan satu resepi Aiskrim mudah.
Buah Mangga tengah banyak di jual di Kota Bharu sekarang ini.
Harga mengikut jenis buah,yang saya beli ini Mangga Cuanan Rm 10 untuk 3kg.
Nak cepat di habiskan macam-macam saya buat.
Salah satunya,Aiskrim Mangga.
Saya letak mangga banyak-banyak,best jer makan mangga sejuk tu di musim panas ni.
Let's try buat.

AISKRIM MANGGA

Bahan
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat/ikut manis sendiri
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh creamy vanila/esen vanila
1 sudu kecil tepung jagung
potongan buah Mangga

Cara membuatnya

  • Campurkan kesemua bahan dalam bekas kecuali potongan mangga.
  • Putar dalam mixer dengan kelajuan tinggi ataupun boleh juga guna blender.
  • Adunan akan kelihatan gebu dan ringan.
  • Masukkan ke dalam bekas sesuai dan masukkan Buah Mangga.
  • Bekukan semalaman di dalam freezer.
  • Sedia untuk di makan. 

2 ulasan:

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam dan Selamat Hari raya juga dari saya.Dalam 3990 followers puan,saya salah seorang darinya.Dah lama saya follow Acuyuhan.blogspot.Thanks sudi singgah di sini.

      Padam