Ramadan ke-15
Alhamdulillah di atas segala kurniaanMu ini,di berikan kesihatan yang baik untuk terus berpuasa.
Hari-hari masak,walau sedikit penat tetap juga puashati sebab anak-anak makan dengan berselera.
Suka juga sebab anak-anak saya makan masa berbuka sahaja,jadi tidak perlu sediakan makanan untuk moreh.
Selepas berbuka boleh terus rehat dan menghabiskan sisa malam dengan Allah.
Jom tengok resepi Kek Batik ini,kesukaan anak-anak saya.
Let's try buat
KEK BATIK INDULGENCE
Bahan
300 gm Biskut Marie-patahkan
100 gm butter
1/2 cawan Milo
1/2 susu pekat manis
1/2 cawanserbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
esen vanila
Cara membuatnya
- Masak kesemua bahan dengan api sederhana dan masukkan kedalam bekas biskut dan gaul rata.
- Padatkan biskut ke dalam bekas sesuai dan masukkan ke dalam peti sejuk.
250 gm Cream cheese
1 cawan krim putar
1 sudu besar air panas
1 sudu kecil gelatine
Putar Cream cheese dan krim putar hingga lembut dan bergaul rata
Masukkan gelatine yang telah di campur air panas.
Kacau rata dan sebati.
Tuang ke atas lapisan biskut tadi
Simpan dalam peti selama 4 jam
Coklat Ganache
200 coklat compound
125 gm krim putar
1 sudu besar butter
1 sudu besar air panas
1 sudu kecil gelatine
- Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
- Masukkan krim putar dan butter.Kacau rata
- Akhir sekali masukkan gelatine yang telah di larutkan dengan air panas.
- Curahkan ke atas lapisan cheese.
Masukkan ke dalam peti sejuk semula hingga lapisan set.
Potong dengan pisau yang di celup dalam air panas untuk mendapatkan potongan yang kemas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan