Assalam buat semua..
Saya paling suka buat Kek Pisang
Sudah bermacam resepi saya cuba
Semuanya mudah dan rasanya sedap saja
Kek ni saya buat makan-makan sempena jamuan perpisahan rakan sekerja.
Resepinya mudah dan ringkas sahaja
Adunan kek digandakan
Let's try buat.
KEK PISANG
Bahan
1 cawan minyak masak
1 cawan gula kastor
3 biji telur-
8-9 biji Pisang Emas
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
Bahan ayak
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Cara membuatnya
Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer
Putar hingga sebati
Masukkan bahan ayak dan kaup-balik sahaja
Alas loyang size 8 atau 9 inci
Masukkan adunan dan ratakan
Letak hiasan jika suka
Bakar dalam suhu 150'c hingga masak bergantung pada oven masing-masing.
*Kek Pisang lebih sedap jika dibiarkan semalaman sebelum dipotong.

Dulu saya suka buat kek pisang. Sekarang dah jarang buat. Rasanya hendak mula mengekek laaa...
BalasPadam