Sabtu, 27 Jun 2026

UDANG MASAK SOS PLUM

Assalam buat semua..
Masakan Udang ini saya buat untuk majlis sambut menantu jiran sebelah rumah
Tak sempat nak datang membantu sebelum majlis kerana terikat dengan tugas
Balik kerja,saya masakkan Udang ini untuk tetamunya.
Let's try buat

UDANG MASAK SOS PLUM

Bahan
1 kg udang saiz sederhana

Bahan kisar-tanpa air
2 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 biji buah keras
5 tangkai cili padi
Akar daun ketumbar siam

Sos
1/2 cawan sos plum
4 sudu sos cili Thai
4 sudu sos tiram
Maggi cukup rasa
garam/gula

Bahan sampingan
5 biji anggur merah-belah 2
5 biji anggur hijau-belah 2
1/2 biji epal hijau/merah-potong nipis
Nenas kiub
bunga kubis

 Cara membuatnya
-Udang dibersihkan dan perasakan dengan sedikit garam dan kunyit.
-Panaskan minyak,goreng udang sebentar dan ketepikan.
-Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau.
-Tambahkan semua sos dan perasakan
-Tambahkan sedikit air,lalu masukkan udang dan gaul rata
-Akhir sekali masukkan buah-buahan dan bunga kubis,gaul rata.
-Sesuaikan rasanya dan boleh lah diangkat.