Saya suka tanam pokok bunga.Tak kiralah apa jenisnya pun.Tapi yang paling suka sekali adalah pokok Orkid.Bunganya dahlah tahan lama,warna menyerlah dan kelihatan lebih caaantik sangat kalau kena cahaya di waktu pagi.
Kalau pulang dari kerja tu,badan yang penat , kepala yang tensioon ...boleh release kalau tengok bunga Orkid yang sedang berkembang.Terdapat 750 genus kesemuanya dan lebih kurang 25,000 spesis asal dan yang selebihnya adalah Orkid hibrid(orkid kacukan) di seluruh Malaysia.
Orkid terdiri dari 2 golongan iaitu:
1)tumbuh atas tanah- Terrestial spesis.
2) menumpang diatas pokok lain - Ephiphyte spesis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan