Khamis, 30 Jun 2011

KEK ..bukan secret resipi


As-Salam buat semua..
Bosan sungguh petang ni.Nak turun execise hujan la pulak.Apa kata kita masuk 'my little kitchen' buat kek.Tengok dalam peti Doraemaon ada buah strawberry yang dah masak ranum,dok dalam bekas kesedihan tak de orang makan.Projek pun bermula dan taraaa..dah siap kek coklat dengan topping buttercream yang ditengahnya  dilapisi oleh coklat ganache..oohh lazatnya,sapa tak cuba buat rugi. Budak- budak 3 orang tu lagilah suka..apapun saya bawa sikit untuk kawan -kawan makan kat tempat kerja....sedekah makan he..he.
Di sini saya ingin berkongsi dengan kawan -kawan beberapa adab-adab ketika memasak.Ianya di baca dari blog masakan Anakku soleh.
Makanan yang di masak dengan adab dan sunnah,akan melahirkan makanan yang baik  untuk jiwa suami dan anak-anak.
3 adab memasak pada hari ini ialah:
1) Apabila memasak ,seelok-eloknya berada dalam keadaan wudhu'.
2)Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak.
3)Berzikirlah sewaktu sedang memotong ,mencedok ,mengacau dsb.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan