style="text-align: center"

Khamis, 30 Jun 2011

NO MAN IS PERFECT..

Kalau memilih tempat mandi
Pertama teluk kedua pantai
Kalau memilih calon suami
Pertama elok kedua pandai
Hidup bukankah untuk dinikmati ?.Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal- hal yang tidak sepatutnya.Siapapun dia ,dia adalah lelaki yang bergelar 'SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk.Tinggal bagaimana  kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan daripada kita gagal berasa bahagia.Setelah anda  diIjab- kabul, satu perjanjian telah di bentuk.Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil orang berkenaan  yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI.Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda.Setelah diikat dengan tali perkahwinan ,mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan  yang terbaik.Dia memang dijadikan buat anda.Dia adalah segala-galanya.Bentuklah kebahagiaan bersamanya.INGAT!!!...anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm. beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama.Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya,maksud saya dia masih ingat rumah ,ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki ,dia masih seorang lelaki yang boleh di harapkan .Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah- ibadah fardhu.Kekurangan2 yg. ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata 'NO MAN IS PERFECT'...
Dari buku motivasi diri  wanita dr Hm Tuah Iskandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan