style="text-align: center"

Rabu, 27 Julai 2011

AYAM RAMPAI MASAM MANIS

Bulan puasa dah nak datang beberapa hari lagi ni.Apakata kita letak resipi masakan , kek dan puding banyak -banyak kat blog ni sebagai rujukan kemudian hari.Sebenarnya saya nak blogger masakan sahaja tapi entah macam mana banyak pula perkara lain yang nak di tulis.Berderet-deret dok menunggu untuk masuk list.Tunggu ada masa dan satu lagi,janganlah my streamyx buat peranga .Masakan hari ini adalah Ayam Rampai Masam Manis .Ianya dibuat lama dulu untuk hidangan pengantin my adik Najahie Aman dan hubbynya Mr.Azaizul.Psst...Naja sempat makan ke hari tu?.

AYAM RAMPAI MASAM MANIS
Olahan:daridapursuzana

Bahan A
  • 1 ekor ayam -potong 20
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • garam 
  • minyak-utk.mengoreng 
Bahan B
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 sudu besar rempah Beriani
  • 10 biji cendawan butang
  • 10 biji tomato
  • 1/2 biji nenas- di potong kiub
  • 5 tangkai daun kari
  • 2 labu bawang besar -di potong bulat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 ketul kiub ayam 
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar madu
  • 2 helai daun limau purut{di potong rampai}
  • 1helai daun kunyit {di potong rampai}
  • garam 
  • 1 cawan air
  • 2 batang serai- di titik
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • kulit kayu manis
Bahan kisar
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 5 tangkai cili merah
Cara-cara
  • Gaul ayam dengan bahan A dan goreng garing.Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali.Tumis kulit kayu manis,serai dan bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar dan rempah Beriani.Tumis hingga naik minyak.
  • Masukkan sos cili ,sos tomato,garam,madu,kiub ayam dan air.
  • Kacau rata dan biarkan mendidih.
  • Masukkan bahan -bahan lain dan kacau rata.
  • Tambahkan susu cair dan gaul rata.Taburkan bawang goreng,daun limau purut dan daun kunyit.Jemput makan!.
#resipi asal :Majalah Wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan