Hendak tahu apa pula perkara-perkara yang boleh melemahkan badan?Antaranya selalu berasa cemas,banyak minum ketika makan dan banyak makan bahan-bahan makananyang masam.Dalam meniti usia menuju penyudah eloklah tingkatkan ibadah yang memaksa.pergerakan badan terutama solat.
Satu lagi yang mudah dialami adalah rabun.Meskipun rabun tidak semestinya hanya berlaku selepas tua, peratus orang tua yang menjadi rabun tentu lebih ramai..Pandanglah kehijauan selalu untuk menajamkan mata sekaligus mengelakkan rabun.Sayangnya saya diberitahu tentang ini setelah menjadi rabun.Jika anda sayangkan penglihatan selalulah duduk mengadap kiblat dan memandang kehijauan ,mungkin sawah padi,lembah hijau dan puncak bukit,mahupun sekadar lukisan hijau di dinding rumah.
Pada usia melepasi 40 adalah sempadan bagi 2 keadaan :semakin dihormati ataupun di doakan pergi.Jika usia sebelumnya telah di gunakan pelbagai perkara baik hingga mencuri kasih sayang manusia,usia selepasnya adalah tempoh semakin di hormati;tetapi sekiranya usia sebelum itu penuh dengan pelbagai hal yang mencacatkan penghormatan manusia,yang selepasnya adalah caci- maki.......SUMBER DR HM TUAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan