Sabtu, 9 Julai 2011

APAM COKLAT KUKUS

Ni dia Apam coklat kukus yang saya buat untuk jualan kat sekolah kakak pada hari Khamis yang lepas.Karnival jualan makanan kat sekolah di adakan sempena hari Ko -korikulum sekolah .Gambar kat atas ni apam yang belum di make -upkan.Baru je lepas masak parking dulu untuk disejukkan sebelum di masukkan ke dalam pek kecil.Cikgu kakak minta buat sebanyak 100 biji apam yang di jual dengan harga 2 biji 50sen.Murahnya cikgu kata!.tak pe la jual sambil menderma pada budak- budak sekolah.
Ni dia kat bawah apam coklat yang sudah di pek>>>>>>>.

Resipi:Sumber Hana memorries.Tq
Bahan

2 cawan gandum
1cawan gula.
1 cawan susu pekat
1cawan minyak masak
1 cawan air
2 biji telur
1 sudu kecil soda bicarbonat
2 sudu besar serbuk koko

cara-cara
  • panaskan pengukus
  • mix semua bahab-bahan guna mixer atau blender
  • masukkan dalam acuan lompang(cik yah yg.belikan.tq)dan kukus hingga masak.mudahkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan