style="text-align: center"

Ahad, 10 Julai 2011

CREAM CHEESE BUTTER KEK

Hari ni mari kita tengok Cream cheese butter cake ni.Tengok gambar je lah ye,sebab kek dah selamat di makan .Rasa cheese dalam kek ni tidak begitu kuat kerana adunannya telah di campur dengan butter sekali.Apapun mari kita tengok resipinya di bawah yang di ambil dari blog masakan Hanamemorries.Tq di atas resipi kek yang sedap ini.

Bahan-bahan
200gm butter
200gm cream cheese
200gm gula kastor
5 biji telur
250 gm gandum
1 sudu teh baking powder
sedikit jam(terserah citarasa)utk. hiasan.

Cara membuatnya.
  • Pukul butter,cream cheese dan gula hingga sebati.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga ringan.
  • Kaup balikkan tepung ke dalamnya hingga rata.hiaskan dengan jam di atas kek.bakar dengan suhu 180 degree hingga masak.
  • Bila masak buka pintu oven sedikit,biarkan kek sejuk sebentar sebelum di keluarkan.Jam akan kelihatan tenggelam sedikit di atas permukaan kek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan