Ahad, 10 Julai 2011

PUISI

KALA BERLABUHNYA SENJA INI
hasil karya:Ezani Haji Daud
                 Kota Bharu,Kelantan  
Saya siarkan disini sebagai kenangan dan tatapan.Tq.



Warna perang yang bertebaran
mengisi ruang bungkam
air wuduk terpercik ke muka
melebarkan ruang pasrah yang luhur
memuncak redha di perbukitan zuhud.
 
Di tasik senja yang tenang
riaknya
ku hirup keterasingan dari
cangkir rasa
azam dan iqamah saling bertukar
tanda insan setia pada
penciptaNya.
pada sebidang sujud yang lebar syahdunya.

Senja yang berlabuh tenang
ada warna tua terpancar
ada rahsia cinta tersulam di rasa
ada obor rahmat membakar di jiwa
tenang dan jernih airnya
melakar warna di tengah lautan
kembara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan