Rabu, 6 Julai 2011

PUISI....layannnnn.



KARYA ASAL OLEH ZALILA ISA..Sungai Buloh Selangor
Saya tumpang untuk ditulis semula disini ya..sebab ia menarik,Tq.

PABILA MENULIS.
Selalunya aku menulis tentang dunia
yang sudah tidak berputar sewajarnya
ku tulis perihal kemanusiaan
yang bersifat haiwan
tentang pemimpin yang salah pimpinan
tentang lelaki dan perempuan
yang selalu salah haluan.

Kadang kala aku menulis tentang
perasaan
yang menjadi inti dalam hidup
insan
ku khabarkan dalam jiwa setiap yang hidup
penuh cinta saling bertaut.

Jarang-jarang aku menulis
tentang tuhan
yang aku sendiri tidak begitu kenal

Jarang kutulis tentang dosa dan
pahala yang melingkar
kerana bimbang ia menjadi
kata-kata
yang tidak tersimpan dalam genggaman.

Sesekali aku menulis dengan
marah
tika suara-fikirku di lontar ke
tepi
tika tulis-catatku di salah erti
sedang aku sendiri khilaf
bersuara tika alam membingit
rasa
Menulis tika mereka tidak mahu
membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan