style="text-align: center"

Jumaat, 9 September 2011

AGAR-AGAR SUSU

Saya ada membeli mould agar-agar kat Pasaraya Billion baru-baru ini.Tersangkut hati melihat bentuknya yang cantik-cantik.Apalagi terus je ambil 3 paket. Setiap paket ada 2 set mould agar-agar yang berharga Rm 3.90 sahaja .Murahkan.Esoknya terus cuba buat agar-agar yang kecil-kecil ni .Nampak menarik juga.
Ini adalah agar-agar yang paling mudah dibuat .Cuma agak menarik sebab dibuat warna -warni dan berlapis pula.Kalau buat tak cantik tak ada orang terliur nak makan .Tapi akhirnya saya sorang juga yang tukang makannya.Ia dibuat dalam bulan Ramadhan lepas untuk berbuka puasa.Banyak entri tertunggak tengah beratur nak masuk blog.
AGAR-AGAR SUSU
Sumber:daridapursuzana


Bahan-bahan
  • 1 paket agar-agar tali
  • 1 cawan gula(ikut suka masing-masing)
  • 5 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin buah koktel
Cara membuatnya
  • Masukkan 5 cawan air kedalam periuk bersama agar-agar yang telah dibasuh.
  • Masak hingga agar-agar cair sepenuhnya.
  • Masukkan gula dan susu cair dan kacau sebati
  • bila sudah masak,sediakan acuan dan letakkan beberapa hiris buah koktel kedalam acuan.
  • masukkan agar-agar sampai penuh acuan .Kalau nak buat berlapis macam saya ,letakkan warna yang berlainan,dan tunggu hingga lapisan bawah keras sedikit baru masukkan warna untuk lapisan atas.
  • Sejukkan dalam peti ais dan sedia untuk dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan