style="text-align: center"

Rabu, 19 Oktober 2011

ISTERI SOLEHAH

10 SIFAT TERPUJI ISTERI SOLEHAH
  • Pertama,berkhidmatlah dengan rasa puas.
  • Taat dengan baik kepada suami.
  • Memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang di ciumnya.Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai mencium kecuali yang harum daripadamu.
  • Memerhati waktu tidur dan waktu makannya kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
  • Menjaga hartanya dan memelihara keharmonian serta keluarganya.Perkara pokok dalam masalah harta ialah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
  • Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya.Apabila si isteri tidak mentaati perintahnya bererti kamu melukai hatinya.Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman dari pengkhianatan.
  •  Janganlah bergembira di hadapannya ketika dia bersedih dan janganlah bersedih di hadapannya ketika dia bergembira.
  • Jadilah orang yang sangat menghormatinya dan tentulah  dia akan sangat memuliakanmu.
  • Jadilah orang yang sepakat dengannya tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang.
  • Sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaannmu dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu,baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatinya.
 Sumber:Majalah Wanita
Gambar:Cik Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan