style="text-align: center"

Khamis, 20 Oktober 2011

SAYUR TUMIS SEAFOOD


Kita memandai-mandai je bagi nama pada masakan ni.Sayur ini sentiasa di buat kalau tak mahu makan nasi.Tumis bawang kemudian semuanya campak masuk kuali.Senangkan!.Bertambah sedap, sebab sotongnya ada telur.

SAYUR TUMIS SEAFOOD
Olahan:daidapursuzana

Bahan-bahan
  • 3 ekor sotong-di potong bulat/panjang
  • 10 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih-di ketuk
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
  • 2 sdb.sos tiram
  • sos ikan-secukup rasa
  • 2 biji cili padi-di ketuk
  • 1 biji tomato-potong enam
  • 3 helai daun kubis/sayur pilihan
  • 4 cawan air
  • 1 kiub pati ayam/ikan bilis
Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar.
  • Masukkan sos tiram dan tambah air.Biarkan kuah mendidih dan masukkan sotong dan udang.
  • Masukkan kubis,tambahkan sos ikan dan kiub pati ayam.
  • Tambahkan tomato dan cili padi.
  • Biarkan sebentar lalu di angkat .Tidak boleh di masak lama kerana sotong akan jadi liat.
  • Hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan