style="text-align: center"

Isnin, 24 Oktober 2011

SUP SAYUR BEBOLA IKAN

As-Salam semua,semalam saya bercuti. Periksa peti sejuk nampak ikan banyak dalam simpanan semuanya tengah kesejukan .             Saya rasa nak buat bebola ikan supaya ikan tu cepat habis .Bebola ikan yang di buat sendiri dan jadikan sup sayur sangat sedap di makan begitu saja.Tak payah makan nasi pun tak apa.

SUP SAYUR BEBOLA IKAN
Olahan:daridapursuzana
 
Bahan-bahan bebola ikan
3 keping ikan tenggiri/ikan pilihan
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam dan lada sulah/lada hitam
daun sup/bawang-di hiris halus.
Cara membuatnya
  • Basuh bersih ikan ,ambil isinya sahaja dan tumbuk sehingga hancur.
  • Masukkan ke dalam mangkuk kemudian tambahkan garam,daun bawang/sup,lada sulah/lada hitam dan tepung jagung.
  • Gaulkan sehingga rata dan bulatkan  kecil-kecil.
  • Buat sehingga habis dan ketepikan.
Bahan-bahan sup sayur
2 ulas bawang merah-cincang
3 ulas bawang putih-cincang
2 sdb. sos ikan/garam/gula
1 sdb.sos tiram
3 helai daun kubis/sayur pilihan
1 biji tomato-belah 6
1 batang karot-potong bulat
Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang merah,bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram dan tambahkan air.
  • Masukkan bebola ikan tadi dan tunggu sekejap hingga bebola ikan masak dan kuah mendidih.
  • Masukkan sayur kubis/sayur pilihan serta karot.
  • Perasakan dengan sos ikan/garam dan sedikit gula.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan