Ahad, 13 November 2011

CINNAMON ROLL

Salam mesra di angin lalu.Buat roti lagi.. kali ini resipinya yang lain pula .Saya tengok kat Yani@My resipi.Terimakasih Yani kerana berkongsi resipi roti ini.Cara buat pun mudah juga .Tapi saya tidak letak topping di atasnya cukuplah dengan di tabur bijan sahaja.Gambar tak sempat nak di ambil banyak-banyak seperti selalu sebab kameranya habis bateri. Ini dia resipinya.
CINNAMON ROLL
sumber-yani@my resipi.
 Bahan utk Roti

  • 300g tepung roti
  • 50gmentega
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 100ml fresh milk/air-suam
  • 8g dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
Bahan inti/filling
  • 2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
  • 60g gula perang
  • 20g mentega-suhu bilik
 Aising
  • 50 gm cream cheese- suhu bilik
  • 20g mentega - suhu bilik
  • 100g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik esenvanila

Cara buat roti

  • Gaulkan mentega dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti.
  • Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  • Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat di tangan atau sehingga licin.
  • Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  • Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
  • Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi. 
  • Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit. 
  • sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
  • Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti. 
***saya tidak meletakkan roti di dalam muffin cup sebaliknya mencantumkan semua roti bentuk bulat tersebut .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan