Salam sayang untuk semua..saya telah mencuba resipi bingka ubi kayu ini setelah terjumpanya dalam ruangan resipi Kak Rusnah Fotopages.Terimakasih kerana menyumbang resipi bingka yang sedap ini untuk di kongsi bersama.Saya membuatnya semasa kedatangan kawan-kawan tersayang semasa Hari Raya Aidil Adha ke-3 yang lepas.Kuih ini di buat pada sebelah pagi kerana kawan-kawan akan datang pada sebelah petangnya.Mujur juga menjadi kerana inilah kali pertama saya membuatnya.Ia sungguh lembut sekali walaupun baru di keluarkan dari peti ais.
Bingka ubi kayu
sumber:Kak Rusnah Fotopages
Bahan-bahan
- 4 cawan parutan ubi kayu-siap diperah
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan susu cair
- 4 biji telur
- sedikit garam
- 3 sb.mentega
- 2 sdt.baking powder
- 1 sdt.esen vanila
- sedikit pewarna kuning
- sedikit bijan -untuk tabur(saya tambah)
Cara membuatnya
- Panaskan oven dan lengserkan acuan dengan mentega.
- Pukul gula,mentega dan telur sekadar sebati kesemuanya.
- Masukkan parutan ubi kayu,baking powder,esen vanila,santan,susu cair,pewarna kuning dan garam.
- Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama 1 jam dengan api atas bawah.(bergantung pada oven masing-masing)
- Biarkan sejuk barulah bolehlah di potong...mmmm memang sedap!
** Saya menggunakan acuan yang berlubang di tengah.
** Saya telah menambah 2 sdb.tepung gandum ke dalam adunan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan