Sabtu, 3 Disember 2011

KERABU REBUNG

Salam sejahtera buat semua..hari ini saya nak tulis pasal kerabu rebung pula.Rebung yang telah siap di celur  masih berbaki lagi selepas di buat Rebung goreng pada hari tu.Daripada di biar lama -lama tidur dalam peti ais lebih baik kita buat sesuatu,kalau tidak buang begitu saja.Lepas siap masak ,shooting gambar pula ,banyak betul gambar yang di ambil kali ini.Macam biasa la,kalau dah kamera kat tangan,habis posisi kita ambil
 
KERABU REBUNG
Bahan-bahan
  • rebung-di cincang dan di celur (4 cawan)
  • daun sup/bawang -di potong 1 inc.
  • 2 biji lada merah-hiris nipis
  • 1 labu bawang besar/bombay-hiris bulat
  • 2 batang serai-hiris halus
  • 1 biji tomato-hiris/dadu
  • 4 sdb.kerisik
  • sos ikan
  • air perahan limau nipis
  • gula melaka-hiris halus
  • 1 tangkai bunga kantan-hiris halus
Cara membuatnya
  • Sediakan mangkuk besar.Ambil rebung yang telah siap di celur dan gaulkan dengan semua bahan di atas.
  • Tambahkan sos ikan ,air perahan limau nipis dan gula melaka secukup rasa.
  • Gaulkan hingga rata dan siap untuk di hidangkan.
**Sukatan bahan -bahan sebenarnya sebagai panduan asas untuk resipi ini.Kita boleh membuat sebarang kerabu dengan memasukkan bahan -bahan tanpa di sukat.Ikut sesedap rasa.
**Pastikan anda menggunakan gula melaka untuk menyediakan pelbagai kerabu bagi menggantikan gula putih dan gunakan sos ikan bagi menggantikan garam untuk mendapatkan rasa yang lebih lazat-Chef Wan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan