Khamis, 15 Disember 2011

MENGENANG BUDI SEORANG IBU

  • Semasa kita berumur 1 tahun,ibu menyuap kita makan dan memandikan kita;
*Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.
  • Semasa kita berumur 3 tahun,ibu menyuapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita;
*Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan di atas lantai.
  • Semasa kita berumur 4 tahun,ibu membelikan kita krayon;
*Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.
  • Semasa kita berumur 7 tahun,ibu menghantar kita ke sekolah;
*Kita membalas budinya dengan menjerit,"saya tidak mahu pergi ke sekolah".
  • Semasa kita berumur 10 tahun ibu menghantar kita ke kelas tuisyen,membawa kita membeli-belah,menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya;
*Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terimakasih,setiap kali ibu menghantar kita.
    • Apabila kita berumur 12 tahun,ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV;
    *Kita membalas budi ibu dengan asyik menonton TV,sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.
    • Apabila kita berumur 13 tahun,ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan;
    *Kita membalas budi ibu dengan berkata bahawa ibu tak ada 'taste'.
    • Apabila kita berumur 16 tahun,ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk;
    *Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.
    • Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan,ibu menangis gembira;
    *kita membalas budi ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam,kerana enjoy dan celebrate dengan kawan-kawan.
    • Apabila kita berumur 19 tahun,ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti,mengangkat beg kita dengan penuh kasih-sayang sampai ke hostel;
    *Kita membalas budi ibu,bersalaman dengan ibu di luar dorm kerana malu di lihat kawan-kawan.
    • Apabila kita berumur 23 tahun,kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri -ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru;
    *Kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan.
    • Apabila kita berumur 27 tahun,ibu menelefon dan memberi nasihat,tentang penjagaaan bayi - anak kita;
    *Kita membalas budi ibu dengan berkata,"zaman sekarang lain ibu".
    • Apabila kita berumur 40 tahun,ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung;
    *Kita membalas budi ibu,dengan berkata,"saya sibuk!".
    • Apabila kita berumur 50 tahun,ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang;
    *Kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

    Dan kemudian,pada suatu hari (16 Jun 2008),ibu meninggal dunia.Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa ibu.

    Wahai anak -anak ingatlah!,
    Selagi ibu anda masih hidup,kasihi dan sayangilah mereka dan jika ibu sudah meninggal dunia,kenanglah jasa mereka dan sedekahkan Al-Fatihah setiap kali lepas solat.

    Sumber:Majalah Wanita September 2002.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan