Salam sayang di pagi Jumaat yang mulia ini .Semoga hidup anda semua dan saya sentiasa di berkati.Hari ini saya buat Bingka roti.Bila tengok resipi,bahan-bahannya nampak lebih kurang Puding roti sahaja. Rasanya pun lebih kurang sama cuma bingka ia agak padat sedikit teskturnya.Walaupun begitu kedua-duanya sedap.
BINGKA ROTI
Sumber:Majalah Keluarga Ogos 2009
Bahan-bahan
- 7 keping roti putih-di potong dua
- 1/2 cawan kismis
- 1 cawan susu cair
- 1 sdt.esen vanila
- 1/4 cawan gula
- 2 butir telur
- secubit garam
- 2 sdb.mentega.
Cara membuatnya
- Pukul susu,gula ,mentega dan telur hingga kembang.Tambahkan secubit garam.
- Sapukan acuan pembakar dengan marjerin dan susun roti yang telah di potong dua tadi
- Taburkan sedikit kismis di celah-celah roti.
- Tuangkan adunan susu perlahan-lahan hingga adunan meresap ke dalam lapisan roti kemudian taburkan kismis di atas sekali.
- Biarkan selama 10,barulah boleh di bakar.
- Bakar pada suhu 170'c hingga masak iaitu bingka berwarna perang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan