Rabu, 14 Disember 2011

TEMPE GORENG BEREMPAH

Salam sejahtera..hari ini hati begitu terasa...dan sedikit tersentuh!.I hope everything's going to be alright by tomorrow.Bila bercakap kadang-kadang terlupa untuk membataskannya,kadang -kadang terlupa bukan semua orang boleh menerimanya dan kadang-kadang  terlupa bla..bla(sudah2 la tu nanti melarat-larat pula)!.
Ok lah berbalik pada gambar yang di tunjukkan di atas.Ia adalah Tempe goreng yang di masak pada minggu lepas untuk hidangan tengahari.Ia di goreng garing dengan serbuk rempah.Sungguh sedap sekali bagi saya yang suka makan tempe goreng ni.

TEMPE GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan 


  • 5 keping tempe-di potong kecil
  • serbuk kunyit
  • rempah kari ikan
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk mengoreng
  • sedikit air

Cara-cara


  • Tempe digaul dengan serbuk kunyit, rempah kari, garam secukup rasa dan sedikit air hingga sebati.
  • Panaskan minyak dan goreng tempe tadi hingga garing.Sedap di makan panas-panas.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan